Thursday, October 23, 2008

SWOT Dalam Pengajaran Group 19

Kekuatan

Kami menjadikan diri sebagai seorang seniman dengan menggayakan ‘body language’ yang sesuai mengikut keadaan.
Mahir mengendalikan projektor dengan baik
Menguasai suasana kelas dengan sempurna
Kami sentiasa menyebut nama murid supaya mereka rasa diberi perhatian
Pemilihan bahan-bahan pengajaran yang menarik
Mempunyai gaya pemikiran yang kreatif dan kritis dalam menarik minat murid
Tutur kata yang menarik dan sopan

kelemahan

Dipermulaan pengajaran kurang dapat mengawal kelas dengan baik.
Dalam waktu yang diberikan, kami tidak menghabiskan pengajaran dengan sempurna.
Di akhir tajuk pengajaran kesimpulan yang dibuat tidak dapat di capai sepenuhnya.
Tumpuan lebih kepada pelajar yang aktif sahaja.
Waktu kemuncak kelas menggangu konsestrasi pelajar.
Masa agak terbuang semasa penggunaan teknologi seperti pemasangan lcd dan laptop.
Pengawalan emosi yang kurang stabil.

Peluang

Komukasi secara dua hala dengan murid
Mempelbagai penyampaian pengajaran
Penyediaan bahan yang lebih menarik dan interaktif.

Ancaman

Suasana kurang kondusif disebabkan kebisingan pelajar diluar kelas.
Hujan yang lebat mengganggu kejelasan suara semasa dalam peroses pengajaran dan pembelajaran.
LCD Projektor dan Komputer riba berada diatas meja pelajar lantaran mengganggu konsenterasi pelajar.
Emosi terganggu akibat daripada tingkat laku segelintir pelajar yang tidak memberikan kerjasama yang baik seperti tidak mengikut arahan setelah berulangkali diberitahu.

fungsi blog kepada P&P

Bagaimana blog membantu anda dalam pelaksanaan P & P yang baik?

Blog bukan sahaja digunakan sebagai luahan perasaan, penceritaan tentang kehidupan tetapi penggunaan blog dalam era teknologi kini melampaui tahap tersebut kerana blog juga digunakan sebagai tempat untuk menyebarkan maklumat. Khasnya dari konteks pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru, malah pelajar juga boleh mendapatkan pelbagai maklumat melalui blog. Kebiasaannya terdapat penulis blog yang lebih cenderung mengarang blog dengan membawa pelbagai maklumat-maklumat penting seperti isu semasa dan sebagainya.

Sebagai seorang guru, blog digunakan untuk membantu guru dalam memperbaiki P&P nya dari sudut mendapatkan bahan-bahan pengajaran. Pelbagai bahan boleh dimuat turun dari internet dan bahan-bahan tersebut boleh digunakan dalam sesi pengajaran. Antara bahan-bahan tersebut seperti video, set lengkap powerpoint sesuatu subjek, lagu dan banyak lagi. Bahan-bahan tersebut contohnya dapat digunakan di dalam set induksi, malah juga terdapat bahan yang boleh terus digunakan untuk mengajar seperti mana yang terdapat di dalam laman web UKM yang memuatkan bahan-bahan pengajaran dalam bentuk power point. Di dalamnya disertakan sesi pengajaran bermula dari set induksi hingga kesimpulan. Selain itu ia membantu pelajar untuk muat turun nota-nota dan soalan.

Selain itu juga ia memudahkan para guru dalam meneruskan P&P apabila pengaplikasian blog dalam sesi pengajaran. Sebagai contoh, nota-nota pengajaran ,soalan penilaian dan sebagainya boleh didapati oleh pelajar terus dari blog guru tersebut. Hal ini lebih menjimatkan masa dan bagi sesetengah pelajar merupakan persediaan awal untuk mereka belajar. Hal ini selaras dengan matlamat kementerian untuk menjana ict dalam pendidikan. Walaubagaimanapun perkara ini mungkin lebih sesuai digunakan oleh pelajar yang lebih mudah untuk mendapatkan sumber internet dan lebih mudah pada pelajar yang berada dibandar. Tetapi apabila dilihat secara positif, guru tersebut mestilah aktif dan sentiasa kehadapan dalam mencari maklumat baru dan nota-nota yang berguna. guru boleh mendapatkan pelbagai nota dengan memngambil dari blog-blog guru dan nota tersebut boleh diberikan kepada pelajar. Selain itu soalan-soalan lepas dan soalan-soalan ramalan dapat dikongsi bersama.

Jaringan maya ini boleh digunakan untuk perkongsian maklumat antara guru. Sekiranya guru menghadapi masalah yang berkaitan dengan murid, pengawalan kelas, pengajaran dan pembelajaran, penyediaan objektif pengajaran dan hal-hal lain yang berkaitan dengan sekolah boleh dikongsi melalui ruangan forum yang disediakan didalam blog. Melalui perkongsian ini sedikit sebanyak dapat menyelesaikan masalah guru dan mengurangkan tekanan yang di hadapi oleh guru. Sebagai contoh perkongsian idea bagaimana membuat set induksi yang menarik.Selain itu, kerajaan melalui misi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) antaranya ialah mengurangkan jurang teknologi antara bandar dan luar Bandar. Dalam menyahut misi ini pembinaan blog secara tidak langsung membantu secara pantas dalam menyampaikan maklumat dari sekolah dari Bandar ke luar Bandar. Perkonsian idea dalam pengajaran dan pembelajaran dapat disebarkan dengan cepat

Coretan Pengalaman SMK Dato Haron






Persediaan Sebelum Mengajar




Pengalaman merasai suasana mengajar sebenar sudah lama diimpikan. Namun belum pernah mendapat peluang atau diberi peluang. Kursus Teknologi Pendidikan Islam yang ditawarkan pada semester ini membuka pintu kepada kami untuk merasai lebih dekat cabaran sebagai insan yang bergelar pendidik. Pensyarah kursus memberi ruang dan peluang kepada kami untuk berhadapan dengan kerusi, meja, papan tulis dan pelajar-pelajar sekolah. Suasana yang kami lalui dulu yang kini menjadi kenangan abadi dan disisip kemas menjadi satu memori yang tidak akan dilupakan.

Sebelum ke sekolah kami dibekalkan dengan ilmu-ilmu yang cukup berharga. Kami diajar dengan konsep teknologi dalam Pendidikan Islam. Bagaimana mencari bahan-bahan untuk dijadikan bahan pengajaran. Membina blog bagi merai tuntutan kemodenan zaman teknologi sekarang. Ustazah juga turut berkongsi pengalaman yang dilalui. Hari-hari beliau mengusung bahan-bahan pengajaran. Antaranya projektor dan komputer riba.Cuma sekarang mudah sedikit kerana pelajar turut membantu menguruskan bahan pengajarannya. Terutama dari segi tugas-tugas memasang komputer riba dan projector.




Pengalaman mengajar di SMK Dato Haron




Tanggal 19 September lalu, kami telah diarahkan untuk mengajar di Sek Men Keb Dato’ Harun. Kami diminta untuk mengaplikasikan teknologi dalam pengajaran. Kumpulan kami terdiri daripada tiga ahli kumpulan iaitu Mohd Shahidan Bin Ramli (Shah), Wan Mohd Ridhzuan Bin Wan Hussain (Wan) dan Mohd Firdaus Bin Mohd Yusoff (Fir). Kami diberi tugasan yang bertajuk “Adab Berjiran”. Kami dikehendaki menggunakan teknologi dalam menghasilkan bahan pengajaran kami.




Pada petang itu, selepas solat Jumaat kami bertiga bertolak ke Sek Men Keb Dato’ Harun dengan menaiki pacuan empat roda (4WD Wheel Drive) yang bernombor pendaftaran BGQ 3780. Perjalanan yang memakan masa 20 minit itu kami isi dengan strategi untuk menawan hati pelajar disamping bahan pengajaran yang menarik. Debaran dada makin kencang apabila melewati pintu pagar sekolah. Sapaan mesra pengawal sekolah sedikit sebanyak meredakan perasaan kami. Suasana pada ketika itu dihiasi titisan-titisan gerimis yang mula membasahi permukaan jalan.




Sebaik turun daripada kereta, kami mengamati keadaan persekitaran sekolah. Tiada kedengaran bunyi riuh rendah pelajar. Masing-masing mungkin letih berpuasa. Beberapa kelibat pelajar kelihatan di kantin. Sangka kami mungkin non muslim yang mahu mengisi perut mereka. Kami mula mengatur langkah ke pejabat untuk bertanyakan kedudukan kelas. Sebaik tiba di pejabat barulah kedengaran riuh rendah pelajar. Ramah mesra orang pejabat membuatkan hati lebih selesa. Kami perlu meraih seberapa banyak ketenangan bagi menghadapi kelas nanti. Pengalaman pertama mengajar semenjak tiga tahun di Universiti Malaya.




Kami terus menuju ke kelas yang ditunjukkan. Sebaik tiba di kelas kami bertemu dengan Ustazah Salina. Senyumannya yang manis menggambarkan kedatangan kami amat dialu-alukan. Ustazah Salina memberi kata dua kepada pelajar-pelajarnya supaya menunjukkan akhlak mulia. Menurutnya akhlak mulia bunga diri. Beri perhatian dan fokus kepada pelajaran. Selepas taklimat ringkas kepada pelajar, ustazah menyerahkan kelas kepada kami. Agak menyeramkan juga. Maklum la ‘first time’ hendak mengajar. Macam-macam gambaran yang menghiasi ruang pemikiran.




Sesi Pembelajaran




Sudah sampai masanya kami memulakan pengajaran. Seorang pelajar dipilih untuk membaca doa. Sesi pembelajaran dimulakan dengan tayangan slide oleh Fir. Kami memulakan sesi pembelajaran dengan tayangan kerana pada waktu begini pelajar-pelajar sudah mula bosan. Tambahan pula tinggal beberapa jam untuk berbuka. Tayangan berkisarkan seekor tupai yang tamak. Dia berusaha mengumpul seberapa banyak makanan untuk musim sejuk. Tanpa menghiraukan yang lain dia menyorokkan makanan di atas pokok. Sudahnya tempat simpanan itu pecah. Pelajar tertarik dengan tayangan yang dipersembahkan. Di samping itu telatah Fir yang sungguh melucukan.




Kemudian Wan pula mengambil alih kelas. Wan menyentuh tentang adab-adab berjiran. Berkisar akhlak seorang muslim terhadap jiran mereka. Sebaik memulakan sesi pengajarannya suasana menjadi gamat dengan lagak spontan yang dibuat. Wan cuba mengajak pelajar berkomunikasi dengannya. Caranya berhasil menarik minat pelajar.




Slot akhir diambil alih oleh Shah. Bertambah gamatlah kelas. Shah lebih suka kepada cara perbualan. Pelajar seakan sudah tidak dapat menerima pelajaran. Pada ketika ini pelajar lebih suka diajak berbual. Ini kerana sudah ada pelajar nakal yang mula buat lawak kurang bijak. Situasi yang sudah dilalui oleh kami. Perangai yang lebih kurang serupa. Perbualan tidaklah keluar tajuk. Masih berkisar tentang adab berjiran.




Pengajaran kami pada hari itu berjaya. Syukur kepada Allah segala-galanya berjalan lancar.

Welcome To NineTeen Group

Assalamualaikum kepada semua yang sudi melawat blog kami....
Sebelum melangkah lebih jauh mesti nak kenal kan sape kami ni...so ape-ape pun kami nak perkenalkanlah diri kami seorang demi sorang...kami ni dari kumpulan 19.mule2 dulu nama kumpulan kami malaikat subuh..tapi bila ustazah dah bagi kumpulan 19 so sepakat lah guna nineteengroup..



Ni ahli kumpulan kami yang pertama. nama penuh dia shahidan tapi orang panggil dia shah..nak tau kenape orang panggil dia shah..sebab dia ni jiwang intelektual....dulu nak karang novel...tapi dah 4 tahun cakap sepatah pun tak nampak lagi..yang siap ialah assigment..mule-mule kata berasal dari kampung melayu australia..tapi tgk kad pengenalan rupenye taiping daa.....kad matrik dia IEB050077. dulu dia ckap cita-cita nak jadi guru..tapi tak tau la skang bertukar ke tak..dia slalu tukar-tukar cita-cita. nak tau prinsip idup dia??? hmm agak plek gak la..dia kata" unik,universal dan bersifat keantarabangsaan"(hanya dia je yang paham).






yang ni plak ahli kumpulan yang paling tue dalam kumpulan. nama dia Wan Ridhzuan. kitorang panggil wan je..sebut wan je mesti dapat agak datang dari mana kan..ha betul la tu..kelantan..no matrik dia IEB050159.mamat ni pun jiwang gak..cube tgk tangan tu...siap tongkat lagi..hari-hari sembang pasal kancil dia je..bleh tahan gak la BGQ3780 dia..katanye nak pakai turbo nnt. tadi dia cakap cita-cita nak jadi pemikir, tapi setakat ni kawan-kawan takleh tima pun idea-idea dia..itu la masalah dia...dengar-dengar cite orang cakap dia macam munif..ala munif hijjaz tu..cube tgk betul-betul...kan..kan...kan...ha lagi satu yang korang perlu tahu ngan amik tahu...dia ni da kawen da...kawen masa kitorang tahun 3 sem satu..satu kelas gi kenduri dia beb..gempaktu...





senyuman yang menawan. hati2 mampu mencairkan sesiapa saja yang melihatnya. nama dia Firdaus Yusooff. org panggil dia Fir. gelikan. tp nak wat camna dia suka. no matris dia IEB 050067.father dia ada ladang sawit. klu nak wt part time blh la amik borang kat dia. lg 1 dia ni cbuk memanjang. x tau la btl2 cbuk atau saja wat2 cbuk. tp dia ni org penting gak dlm PMI. PRESIDEN TUE........ bkn calang2 org. tiap2 mnggu ilang. dia kata pi program. mmg seronok sbb ada income. klu blk muncung mulut dia x payah tanya la. mst x dpt duit la tu. mata duitan gak dia ni. tp dia pandai masak. kat umah pun dia ada jawatan. KETUA CHEF. sedap x sedap telan ja la.nnt klu komen lbih2 dia x mau msk plak. hmmm...klu nak tau lbh lanjut lg hubungilah dia....ok

tu la serba sedikit tentang pengenalan kitorang..klu nak baca tu ikut nada baca diary eh..macam cite im not single tu..ceewah...pe pun doa kan lami semua berjaya di dunia dan di akhirat ye. walauapepun cita-cita sejati kami ialah mejadi GURU SENIMAN....
sekian dulu dari kami...dari kumpulan 19...