Wednesday, November 12, 2008
Nafkah Cinta....

ke mana hendak dirajuk hati ini...yang mendambakan belaian Kasih...Ke mana hendak diubat luka ini...yang merindui sentuhan sayang....Sudah tentu tidak kunjung tiba...Kasih syang yang dihajati...sekiranya hati mati...Pasti tiada suka ria....Jika Hati sering lupa...Bertasbih MemujiNya...INGATLAH Nafkah Cinta....
Kenapa Perlu Meminta....Jika Tidak Pernah Memberi....Fikirlah...Pasti Ada Hutang Yang Tertangguh...Bukan Wang atau Harta...
TAPI Nafkah Cinta....
Nukilan...Yusri(Skrew)
Tuesday, November 11, 2008
Antara angin dan pokok.....



dikala angin bertiup kencang menggapai sang pokok yang lesu tanpa ranting dan dahan.....lantas bertanya si angin...apakah tidak terdaya sang pokok ini....? apakah ia mampu bertahan dek kencang badai singgah rakus....? Apakah gagah akar tunjang? lantas bertanya si pokok pada sang angin...Apakah gagah hebat engkau, rakus tanpa kasihan....apakah gagah keringatmu melawan aku yang saatnya akan tumbang....wahai sang angin serakus mana pun engkau...aku tetap bertahan walau badai menumpang singgah...
To Be Continue....wmr...
Siapa Faham Angkat Tangan?
Thursday, October 23, 2008
SWOT Dalam Pengajaran Group 19
Kekuatan
Kami menjadikan diri sebagai seorang seniman dengan menggayakan ‘body language’ yang sesuai mengikut keadaan.
Mahir mengendalikan projektor dengan baik
Menguasai suasana kelas dengan sempurna
Kami sentiasa menyebut nama murid supaya mereka rasa diberi perhatian
Pemilihan bahan-bahan pengajaran yang menarik
Mempunyai gaya pemikiran yang kreatif dan kritis dalam menarik minat murid
Tutur kata yang menarik dan sopan
kelemahan
Dipermulaan pengajaran kurang dapat mengawal kelas dengan baik.
Dalam waktu yang diberikan, kami tidak menghabiskan pengajaran dengan sempurna.
Di akhir tajuk pengajaran kesimpulan yang dibuat tidak dapat di capai sepenuhnya.
Tumpuan lebih kepada pelajar yang aktif sahaja.
Waktu kemuncak kelas menggangu konsestrasi pelajar.
Masa agak terbuang semasa penggunaan teknologi seperti pemasangan lcd dan laptop.
Pengawalan emosi yang kurang stabil.
Peluang
Komukasi secara dua hala dengan murid
Mempelbagai penyampaian pengajaran
Penyediaan bahan yang lebih menarik dan interaktif.
Ancaman
Suasana kurang kondusif disebabkan kebisingan pelajar diluar kelas.
Hujan yang lebat mengganggu kejelasan suara semasa dalam peroses pengajaran dan pembelajaran.
LCD Projektor dan Komputer riba berada diatas meja pelajar lantaran mengganggu konsenterasi pelajar.
Emosi terganggu akibat daripada tingkat laku segelintir pelajar yang tidak memberikan kerjasama yang baik seperti tidak mengikut arahan setelah berulangkali diberitahu.
fungsi blog kepada P&P
Blog bukan sahaja digunakan sebagai luahan perasaan, penceritaan tentang kehidupan tetapi penggunaan blog dalam era teknologi kini melampaui tahap tersebut kerana blog juga digunakan sebagai tempat untuk menyebarkan maklumat. Khasnya dari konteks pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru, malah pelajar juga boleh mendapatkan pelbagai maklumat melalui blog. Kebiasaannya terdapat penulis blog yang lebih cenderung mengarang blog dengan membawa pelbagai maklumat-maklumat penting seperti isu semasa dan sebagainya.
Sebagai seorang guru, blog digunakan untuk membantu guru dalam memperbaiki P&P nya dari sudut mendapatkan bahan-bahan pengajaran. Pelbagai bahan boleh dimuat turun dari internet dan bahan-bahan tersebut boleh digunakan dalam sesi pengajaran. Antara bahan-bahan tersebut seperti video, set lengkap powerpoint sesuatu subjek, lagu dan banyak lagi. Bahan-bahan tersebut contohnya dapat digunakan di dalam set induksi, malah juga terdapat bahan yang boleh terus digunakan untuk mengajar seperti mana yang terdapat di dalam laman web UKM yang memuatkan bahan-bahan pengajaran dalam bentuk power point. Di dalamnya disertakan sesi pengajaran bermula dari set induksi hingga kesimpulan. Selain itu ia membantu pelajar untuk muat turun nota-nota dan soalan.
Selain itu juga ia memudahkan para guru dalam meneruskan P&P apabila pengaplikasian blog dalam sesi pengajaran. Sebagai contoh, nota-nota pengajaran ,soalan penilaian dan sebagainya boleh didapati oleh pelajar terus dari blog guru tersebut. Hal ini lebih menjimatkan masa dan bagi sesetengah pelajar merupakan persediaan awal untuk mereka belajar. Hal ini selaras dengan matlamat kementerian untuk menjana ict dalam pendidikan. Walaubagaimanapun perkara ini mungkin lebih sesuai digunakan oleh pelajar yang lebih mudah untuk mendapatkan sumber internet dan lebih mudah pada pelajar yang berada dibandar. Tetapi apabila dilihat secara positif, guru tersebut mestilah aktif dan sentiasa kehadapan dalam mencari maklumat baru dan nota-nota yang berguna. guru boleh mendapatkan pelbagai nota dengan memngambil dari blog-blog guru dan nota tersebut boleh diberikan kepada pelajar. Selain itu soalan-soalan lepas dan soalan-soalan ramalan dapat dikongsi bersama.
Jaringan maya ini boleh digunakan untuk perkongsian maklumat antara guru. Sekiranya guru menghadapi masalah yang berkaitan dengan murid, pengawalan kelas, pengajaran dan pembelajaran, penyediaan objektif pengajaran dan hal-hal lain yang berkaitan dengan sekolah boleh dikongsi melalui ruangan forum yang disediakan didalam blog. Melalui perkongsian ini sedikit sebanyak dapat menyelesaikan masalah guru dan mengurangkan tekanan yang di hadapi oleh guru. Sebagai contoh perkongsian idea bagaimana membuat set induksi yang menarik.Selain itu, kerajaan melalui misi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) antaranya ialah mengurangkan jurang teknologi antara bandar dan luar Bandar. Dalam menyahut misi ini pembinaan blog secara tidak langsung membantu secara pantas dalam menyampaikan maklumat dari sekolah dari Bandar ke luar Bandar. Perkonsian idea dalam pengajaran dan pembelajaran dapat disebarkan dengan cepat
Coretan Pengalaman SMK Dato Haron
Pengalaman merasai suasana mengajar sebenar sudah lama diimpikan. Namun belum pernah mendapat peluang atau diberi peluang. Kursus Teknologi Pendidikan Islam yang ditawarkan pada semester ini membuka pintu kepada kami untuk merasai lebih dekat cabaran sebagai insan yang bergelar pendidik. Pensyarah kursus memberi ruang dan peluang kepada kami untuk berhadapan dengan kerusi, meja, papan tulis dan pelajar-pelajar sekolah. Suasana yang kami lalui dulu yang kini menjadi kenangan abadi dan disisip kemas menjadi satu memori yang tidak akan dilupakan.
Sebelum ke sekolah kami dibekalkan dengan ilmu-ilmu yang cukup berharga. Kami diajar dengan konsep teknologi dalam Pendidikan Islam. Bagaimana mencari bahan-bahan untuk dijadikan bahan pengajaran. Membina blog bagi merai tuntutan kemodenan zaman teknologi sekarang. Ustazah juga turut berkongsi pengalaman yang dilalui. Hari-hari beliau mengusung bahan-bahan pengajaran. Antaranya projektor dan komputer riba.Cuma sekarang mudah sedikit kerana pelajar turut membantu menguruskan bahan pengajarannya. Terutama dari segi tugas-tugas memasang komputer riba dan projector.
Pengalaman mengajar di SMK Dato Haron
Tanggal 19 September lalu, kami telah diarahkan untuk mengajar di Sek Men Keb Dato’ Harun. Kami diminta untuk mengaplikasikan teknologi dalam pengajaran. Kumpulan kami terdiri daripada tiga ahli kumpulan iaitu Mohd Shahidan Bin Ramli (Shah), Wan Mohd Ridhzuan Bin Wan Hussain (Wan) dan Mohd Firdaus Bin Mohd Yusoff
Pada petang itu, selepas solat Jumaat kami bertiga bertolak ke Sek Men Keb Dato’ Harun dengan menaiki pacuan empat roda (4WD Wheel Drive) yang bernombor pendaftaran BGQ 3780. Perjalanan yang memakan masa 20 minit itu kami isi dengan strategi untuk menawan hati pelajar disamping bahan pengajaran yang menarik. Debaran dada makin kencang apabila melewati pintu pagar sekolah. Sapaan mesra pengawal sekolah sedikit sebanyak meredakan perasaan kami. Suasana pada ketika itu dihiasi titisan-titisan gerimis yang mula membasahi permukaan jalan.
Sebaik turun daripada kereta, kami mengamati keadaan persekitaran sekolah. Tiada kedengaran bunyi riuh rendah pelajar. Masing-masing mungkin letih berpuasa. Beberapa kelibat pelajar kelihatan di kantin. Sangka kami mungkin non muslim yang mahu mengisi perut mereka. Kami mula mengatur langkah ke pejabat untuk bertanyakan kedudukan kelas. Sebaik tiba di pejabat barulah kedengaran riuh rendah pelajar. Ramah mesra orang pejabat membuatkan hati lebih selesa. Kami perlu meraih seberapa banyak ketenangan bagi menghadapi kelas nanti. Pengalaman pertama mengajar semenjak tiga tahun di Universiti Malaya.
Kami terus menuju ke kelas yang ditunjukkan. Sebaik tiba di kelas kami bertemu dengan Ustazah Salina. Senyumannya yang manis menggambarkan kedatangan kami amat dialu-alukan. Ustazah Salina memberi kata dua kepada pelajar-pelajarnya supaya menunjukkan akhlak mulia. Menurutnya akhlak mulia bunga diri. Beri perhatian dan fokus kepada pelajaran. Selepas taklimat ringkas kepada pelajar, ustazah menyerahkan kelas kepada kami. Agak menyeramkan juga. Maklum la ‘first time’ hendak mengajar. Macam-macam gambaran yang menghiasi ruang pemikiran.
Sesi Pembelajaran
Sudah sampai masanya kami memulakan pengajaran. Seorang pelajar dipilih untuk membaca doa. Sesi pembelajaran dimulakan dengan tayangan slide oleh Fir. Kami memulakan sesi pembelajaran dengan tayangan kerana pada waktu begini pelajar-pelajar sudah mula bosan. Tambahan pula tinggal beberapa jam untuk berbuka. Tayangan berkisarkan seekor tupai yang tamak. Dia berusaha mengumpul seberapa banyak makanan untuk musim sejuk. Tanpa menghiraukan yang lain dia menyorokkan makanan di atas pokok. Sudahnya tempat simpanan itu pecah. Pelajar tertarik dengan tayangan yang dipersembahkan. Di samping itu telatah Fir yang sungguh melucukan.
Kemudian Wan pula mengambil alih kelas. Wan menyentuh tentang adab-adab berjiran. Berkisar akhlak seorang muslim terhadap jiran mereka. Sebaik memulakan sesi pengajarannya suasana menjadi gamat dengan lagak spontan yang dibuat. Wan cuba mengajak pelajar berkomunikasi dengannya. Caranya berhasil menarik minat pelajar.
Slot akhir diambil alih oleh Shah. Bertambah gamatlah kelas. Shah lebih suka kepada cara perbualan. Pelajar seakan sudah tidak dapat menerima pelajaran. Pada ketika ini pelajar lebih suka diajak berbual. Ini kerana sudah ada pelajar nakal yang mula buat lawak kurang bijak. Situasi yang sudah dilalui oleh kami. Perangai yang lebih kurang serupa. Perbualan tidaklah keluar tajuk. Masih berkisar tentang adab berjiran.
Pengajaran kami pada hari itu berjaya. Syukur kepada Allah segala-galanya berjalan lancar.
Welcome To NineTeen Group


tu la serba sedikit tentang pengenalan kitorang..klu nak baca tu ikut nada baca diary eh..macam cite im not single tu..ceewah...pe pun doa kan lami semua berjaya di dunia dan di akhirat ye. walauapepun cita-cita sejati kami ialah mejadi GURU SENIMAN....